PSIKOLOGI PENDIDIKAN
This blog about education and life
Monday, 30 April 2012
Sunday, 29 April 2012
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia
1. Faktor Baka
Ø Penentuan jantina
dan ciri-ciri fizikal
Ø Kecacatan mental
Ø Sahsiah
Ø Kecerdasan
2. Faktor
Persekitaran
Ø Pemakanan
Ø Kesihatan ibu
Ø Penyalahgunaan dadah
3. Faktor Rh Darah
Ø Kesan x-ray
Ø Emosi ibu
Ø Umur ibu
Ø Agen-agen
teratogenik dan penyakit ibu
4. Faktor persekitaran
selepas lahir
Ø Pemakanan
Ø Keluarga
Ø Rakan sebaya
Saturday, 28 April 2012
PSIKOLOGI PENDIDIKAN
PSOKOLOGI PENDIDIKAN
TAJUK: PERKEMBANGAN
FIZIKAL, SOSIAL DAN
EMOSI
Pengenalan
Setiap
insan mengalami pertumbuhan dan perkembangan daripada aspek fizikal , social,
kognitif dan emosi daripada lahir sehingga remaja dan tua. Pembelajaran hanya
boleh berlaku apabila aspek fizikal , kognitif dan saraf pelajar mencapai
kematangan. Oleh itu sebagai guru, anda perlu memahami aspek pertumbuhan dan
perkembangan pelajar…malah dalam hal ini setiap ibu bapa juga perlu mengambil
perhatian untuk mendidik anak-anak menjadi insane yang cemerlang , gemilang dan
terbilang…
Definisi
Pertumbuhan dan perkembangan Manusia
Pertumbuhan:
·
Struktur
·
Tulang
·
Tinggi
·
Berat
·
Otak
·
Saraf
·
Gigi
Perkembangan:
·
Menulis
·
Membaca
·
Mengarang
·
Bersosial
·
Mengira
·
Bersukan
·
Memori
Monday, 26 March 2012
Saturday, 24 March 2012
PENDIDIKAN KANAK-KANAK
Hi semua, untuk first time saya post ni, saya akan mulakan dengan ilmu pendidikan kanak-kanak. Lebih mendalami lagi cara pemikiran dan perkembangan otak kanak-kanak atau anak-anak kita.
segala idea-idea yang akan saya jelaskan adalah berpandukan logik,praktikal dan of course la dari sumber internet dan buku-buku untuk menjadi rujukan dan bukti apa yang akan saya terangkan
Apabila bayi mula dilahirkan, otak bayi tersebut akan berkembang dan belajar menerusi rangsangan, iaitu melihat dan mendengar. sebab itu la bayi suka melihat dan mendengar. Oleh itu, amatlah digalakkan belikan alat permainan yang berwarna..., boleh disentuh,boleh didengar (permainan yang mempunyai loceng atau pape je). tapi ingat!!! biarlah permainan yang diberi tu sesuai dengan umur bayi dan tidak merbahaya kepada bayi. bayi kecil juga belajar meneroka menggunakan mulut ( hisap atau gigit sesuatu).
Bila umur bayi lebih kurang enam bulan , bayi mula belajar meneroka melalui cara tersendiri. bila mereka sudah mempunyai keyakinan diri,mereka belajar merangkak dan berjalan. disini, secara tidak langsung bayi tersebut sedang belajar mengawal emosi dan perasaan yakin diri,tabah dan sabar dan berusaha.
Apabila bayi berusia lebih kurang sembilan bulan, mereka mula mengeluarkan bunyi suara, kita seharusnya sedar untuk memberi rangsangan menerusi komunikasi kerana ini sangat penting walaupun pada masa ini bayi masih belum memahami sebarang bahasa.
Kanak-kanak akan suka meniru setiap perkataan yang keluar daripada mulut ibu bapa. Jadi inilah tugas anda untuk memperkayakan bahasa kanak-kanak. Cari permainan yang membantu perkembangan bahasa mereka. Banyakkan bercakap dengan bayi dapat mempercepatkan bayi cepat bercakap.
Kanak-kanak akan suka meniru setiap perkataan yang keluar daripada mulut ibu bapa. Jadi inilah tugas anda untuk memperkayakan bahasa kanak-kanak. Cari permainan yang membantu perkembangan bahasa mereka. Banyakkan bercakap dengan bayi dapat mempercepatkan bayi cepat bercakap.
Pada usia ini 12 bulan, bayi sudah mengenali fungsi badan mereka. Mereka akan mula berjalan, duduk atau berlari. Pergerakan tangan juga menjadi lebih kuat. Pilih permainan yang dapat membantu mereka berfikir serta bergerak.
Lebih kurang 18bulan ke atas,Bayi anda sudah menjadi kanak-kanak cergas. Mereka mula memahami banyak perkara dan menyebutnya.Mereka mempunyai banyak tenaga untuk berjalan, memanjat dan berlari. Justeru, pastikan anda sentiasa bersama mereka untuk memberi tunjuk ajar dan bermain bersama-sama anak-anak. Permainan yang bagus untuk perkembangan kanak-kanak bukan sekadar pada warna dan bentuknya yang menarik, tetapi mengikut kesesuaian usia dan bahan digunakan untuk membuatnya. Bahan digunakan perlu selamat untuk kanak-kanak dan mainan itu juga tidak sepatutnya mudah patah atau pecah jika terjatuh. Itu sahaja yang dapat saya kongsikan untuk post ni.. akan disambung nanti. tq kerana sudi membaca!!! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)



